Sejarah Surau TBK Fasa 3,4 &5



Sejarah Penubuhan /pembinaan Surau Taman Bukit Kempas Fasa 3,4&5( Hajjah Hazarabie Khan Mohammad)



Cetusan idea mengenai pembinaan surau ini bermula sekitar bulan Februari 1997 apabila satu perjumpaan adhoc (seramai 4 orang) diadakan di rumah Tuan Hj. Jasman hasil inisiatif En Fauzi.



Bertolak dari situ beberapa siri perjumpaan / perbincangan telah diadakan dengan beberapa orang pcnduduk setempat serta Jabatan Agama Islam Johor. Bagi menjayakan projek pembinaan surau ini sebuah Jawatankuasa Pembinaan Surau telah ditubuhkan pada 30 Mac 1997 (melalui pemilihan penduduk - diadakan di tapak surau ini) dengan melantik Tuan Hj. Md. Jasman Bin Bongkek sebagai Pengerusi



Atas rahmat Allah SWT serta dimudahkan urusan, di dalam proses kita menjana dana pembinaan surau ini, sebuah keluarga dermawan diwakili oleh Tuan Hj. Ibrahim Piperdi dari Singapura melalui YB Dato' Hj. Abdul Kadir Annuar telah bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM200.000.00. Baki perbelanjaan pembinaan surau adalah melalui sumbangan serta kutipan derma dari masyarakat setempat.



Alhamdulillah, akhirnya usaha murni pembinaan surau telah dimulakan dan Majlis Pecah Tanah oleh YB Dato' Haji Abdul Kadir Annuar telah diadakan pada 4 Julai 1998 dan telah siap sepenuhnya pada 9 April 1999.



Adalah jelas bahawa kejayaan pembinaan surau ini merupakan hasil dari kesepakatan serta penglibatanan menyeluruh masyarakat setempat. Dengan terbinanya surau ini juga, ianya tidak hanya sebagai salah satu mercu tanda setempat, tetapi lebih dari itu, sebagai satu titik tanda kegigihan, kerjasama serta perpaduan semua ahli kariah Taman Bukit Kempas Fasa 3,4 & 5.




Tanggal 20 Mei 1999, Jawatankuasa Surau yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Yahaya Bin Md Sam telah ditubuhkan melalui pemilihan penduduk.