Ceramah Semarak Ramadhan

Alhamdulillah dan Syabas! kerana pada 28 Julai 2011 ( Khamis malam jumaat) baru-baru ini pihak surau telah menganjurkan ceramah Semarak Ramadhan.Ceramah ini telah disampaikan dengan baik dan semangat oleh Ustaz Rofazlin Jusoh - IKRAM Bandaraya Johor Bahru. Walaupun kehadiran ahli qariah kurang memberangsangkan berbanding program sebelum ini...Namun boleh dikira baik juga. maklumlah kebanyakkan mereka mungkin sibuk dengan perlawanan bola sepak Malaysia menentang Singapura.