Ceramah Palastine, Sambutan yang menggalakkan

Alhamdulillah, Walaupun tak sehangat sambutan Majlis Sambutan Maulid Rasul dan perasmian surau yang lepas..Namun program Ceramah Palastin pada kali ini dikira memberangsangkan juga ... Dan Insyaallah, sedikit sebanyak telah membakar dan menyuntik semangat mengenai perjuangan bumi Al-Aqsa khususnya kepada hadirin sekalian.

Tahniah dan sekalung penghargaan kepada ahli dermawan yang turut sama menyumbangkan wang ringgit untuk bumi Palestine dan mengikut makluman petugas Aqsa Sharif kutipan sempena ceramah di Surau kita ini adalah yang tertinggi sekali... iaitu sebanyak RM 1276.00 Berikut Adalah beberapa gambar di majlis tersebut yang sempat ana kongsikan bersama......