Program Ibadah Korban

Pada tahun ini sebanyak 4 ekor lembu telah dikorbankan hasil permuafakatan ahli-ahli peserta korban dari sekitar qaryah ini. Semoga Allah Taalla melipatkan gandakan Rahmat dan rezeki kepada mereka semuanya....
Berikut adalah sedutan gambar yang sempat dirakamkan sepanjang progam ibadah korban yang dilakukan di Surau Taman Bukit Kempas ini.















BACA LAGI - Program Ibadah Korban

Mesyuarat Agung kali ke-4

Berikut Adalah sedutan peristiwa semasa Mesyuarat Agung Surau Kali ke-4 yang telah diadakan pada 14 November 2010 , Hari Isnin, bermula jam 4.30 petang hingga Jam 6.45 petang.


Ceramah dan Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Rifqi Mayidin

Pengerusi Majlis En Jaafar

Mesyuarat Pemilihan di pengerusi oleh Wakil Jabatan Agama, Ustaz Nazar
Ucapan Penagguhan Pengerusi Surau sesi yang lepas 2007/10






Berikut adalah Keputusan Pemilihan bagi calon-calon AJK sesi 2011/13 :

· Pemilihan AJK baru bagi sesi 2011 – 2013.

1. Pengerusi. :Ustaz Norzaidi
2. Timbalan Pengerusi.:En Salim
3. Setiausaha : En Jaafar
4. Penolong Setiausaha : En Ismail
5. Bendahari : Hj Azhar
6. Biro Pembangunan dan Ekonomi : Hj Nawawi
7. Biro Pendidikan dan Dakwah Hj Zuhry
8. Biro Kebajikan, Sosial dan Kebudayaan : En Rasyid
9. Biro Kebersihan dan Kecerian : En Asri
10. Biro Pengimarahan Surau. [ Disandang oleh Imam ] : Dr Hj Omar
11. Biro Penerbitan dan Teknologi Maklumat : Ustaz Zakuan
12. Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) Hjh Mumtaz
13. Biro Rakan Muda Surau : En Ezraudin
14. Biro Keselamatan dan Sukarelawan En Fawzi @ Ibrahim
15. Biro Pengurusan Aset dan Parasarana : Hj Nasir
16. Pemeriksa Kira-Kira 1 : Hj Yahaya
17. Pemeriksa Kira-Kira 2 : Shaikh Nasir





BACA LAGI - Mesyuarat Agung kali ke-4

Mesyuarat Agung Kali ke 4


BACA LAGI - Mesyuarat Agung Kali ke 4

Majlis Khatam Al-Quran

Alhamdulillah... Pada 3 September 2010 bersamaan 24 ramadhan 1431 H pihak Surau telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran. Majlis ini telah dimuatkan juga dengan penyampaian cenderahati dan sumbangan kepada imam Hafiz dan Madrasah Darul Furqan Dusun Raja, Cenderahati kepada Ahli Tadarus Al-Quran dan penyampaian bantuan Khas Surau kepada 6 buah keluarga miskin dan ibu tunggal...

Berikut adalah beberapa potret yang sempat dan berjaya dirakamkan sepanjang majlis tersebut...

Ucapan Pengerusi Surau : Ustaz Norzaidi Ismail



Penyampaian Cenderahati Kepada Imam Hafiz Ustaz Zakaria

Penyampaian Cenderahati Kepada Imam Hafiz Ustaz Zulkifli


Penyampaian Bantuan Khas Surau Kepada Ibu Tunggal dan keluarga miskin

Kenangan bersama Ahli Jemaah

BACA LAGI - Majlis Khatam Al-Quran

Ceramah Semarak Ramadhan

Pada 5 Ogos 2010, Pihak surau kita, Surau Hajjah Hazarabie Khan Mohammad bersama JK Pembangunan Masyarakat IKRAM Bandaraya Johor Bahru telah mengadakan program ceramah Semarak Ramadhan ,
Ceramah telah disampaikan dengan baik sekali oleh akhi Ustaz Mahmood Kassim….
selain itu…jadual berbuka puasa dengan logo IKRAM & Iman ELC
turut diedarkan kepada para hadirin...

jzkk kepada Iman ELC di aias penajaan
jadual berbuka puasa tersebut …turut hadir adalah akhi Luqman Makki :

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan.

Antara kaum ibu yang hadir…..
Antara kaum bapa yang hadir……
Antara hadirin yang ceria menerima jadual berbuka puasa…….
Sesi penyerahan banner semarak Ramadhan (versi lama punya)…..























Kalendar berbuka
BACA LAGI - Ceramah Semarak Ramadhan

Gotong-Royong Persediaan Ramadhan

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan ketika Hari Gotong-Royong Persediaan Ramadhan yang telah dilaksanakan pada 8 Ogos 2010.

















BACA LAGI - Gotong-Royong Persediaan Ramadhan

Ceramah Israk Miraj dan Qiyamulail

Alhamdulillah... walaupun dalam-dalam kesibukan dan kepanasan Piala Dunia,
tetapi program kali ini... dikira mendapat sambutan jugalah... dari penduduk setempat! khususnya dengan kehadiran kaum wanita yang dikira agak memberangsangkan berbanding sebelum ini...! Dan Pihak surau memohon kemaafan di atas ketidakcukupan nasi lemak semasa jamuan selepas ceramah tersebut.
Berikut adalah beberapa gambar yg sempat dirakamkan semasa aktiviti tersebut :

Ceramah Israk Miraj yang telah disampaikan oleh:
Ustaz Ahmad Fuaad Abd Rahman

( Pensyarah Institut Pendidikan Temenggong Ibrahim JB)


Sebahagian Ahli Qariah dan tetamu yang menghadiri
Ceramah Israk Miraj


Ceramah Israk Miraj yang telah disampaikan oleh:
Ustaz Ahmad Fuaad Abd Rahman
( Pensyarah Institut Pendidikan Temenggong Ibrahim JB)


Bacaan Mathurat Sughra yang dipimpin oleh:
Hj Mohd Tahir



Kuliah Subuh disampaikan oleh:
Ustaz Wan Hasan Wan Embung ( Pensyarah UTM)
BACA LAGI - Ceramah Israk Miraj dan Qiyamulail

CERAMAH ISRAK MI'RAJ & QIYAMULAIL

BACA LAGI - CERAMAH ISRAK MI'RAJ & QIYAMULAIL
BACA LAGI -

Program Asmaul Husna dan Rotib Al-Attas

BACA LAGI - Program Asmaul Husna dan Rotib Al-Attas

Ceramah Palastine, Sambutan yang menggalakkan

Alhamdulillah, Walaupun tak sehangat sambutan Majlis Sambutan Maulid Rasul dan perasmian surau yang lepas..Namun program Ceramah Palastin pada kali ini dikira memberangsangkan juga ... Dan Insyaallah, sedikit sebanyak telah membakar dan menyuntik semangat mengenai perjuangan bumi Al-Aqsa khususnya kepada hadirin sekalian.

Tahniah dan sekalung penghargaan kepada ahli dermawan yang turut sama menyumbangkan wang ringgit untuk bumi Palestine dan mengikut makluman petugas Aqsa Sharif kutipan sempena ceramah di Surau kita ini adalah yang tertinggi sekali... iaitu sebanyak RM 1276.00 Berikut Adalah beberapa gambar di majlis tersebut yang sempat ana kongsikan bersama......














BACA LAGI - Ceramah Palastine, Sambutan yang menggalakkan

PROGRAM CERAMAH PALESTIN DAN QIYAMULAIL



PROGRAM CERAMAH PALESTIN DAN QIYAMULAIL
ANJURAN BERSAMA SURAH HAJJAH HAZRABIE KHAN
DAN PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)

7.00 ptg
Ketibaan
Solat Maghrib
Ceramah "Palestin Terkini.. AlAqsa Perjuangan Kami!" oleh Ustaz Rofazlin Jusoh (Aqsa Syarif)
Solat Isha
Jamuan Ringan

10.00 malam
Ucapan Aluan Pengerusi Surau

10.10
Tazkirah - Cikgu Kusaini Kandar

10.45: Tahsin tilawah - Prof Madya Ustaz Hj Ajmain Safar

11.15 Tidur4.15 pagi Bangun utk qiam

4.30 pagi Mula qiam - Prof Madya Ustaz Hj Ajmain Safar

5.30 Tamat qiam dan siap utk subuh

5.50 Solat Subuh
Zikir Almathurat

6.15 Kuliah subuh - Tajuk Al Haya', Ustaz Mahmud bin Kassim

6.45 Riadhah Ringan

7.15 pagi sarapan/Tamat


BACA LAGI - PROGRAM CERAMAH PALESTIN DAN QIYAMULAIL

Majlis Perasmian dan Sambutan Maulidur Rasul

Alhamdulillah....Bersyukur kepada Ilahi, walaupun cuaca di awal paginya kurang baik... namun program yang dinanti-nanti serta telah dirancang dengan rapinya oleh pihak surau telah berjaya dilaksana dengan jayanya....
Sekalung Penghargaan kepada Penyumbang2 yang telah bermurah hati dengan menghulurkan sumbangan kewangan dan aset -aset yang bernilai. Juga Seraut ucapan tahniah dan syabas kepada semua AJK Pelaksana yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakannya.. Semoga Allah membalas segala jasa dan khidmat bakti tuan puan sekalian.
Berikut adalah beberapa gambar semasa Majlis Perasmian yang sempat ana ... paparkan dahulu..




BACA LAGI - Majlis Perasmian dan Sambutan Maulidur Rasul

Mesyuarat Maulidur Rasul

Assalamualaikum!

Bahang Majlis Sambutan Mauldur Rasul pada tahun ini kian terasa , apabila pihak surau telah menganjurkan Mesyuarat AJK Pelaksana bagi kali pertama! pada Hari Khamis mlm jumaat yg lepas ( 25/2/2010). Cukup menghairahkan juga mesyuarat kali ini maklumlah tak sedar tut.. tut.. hingga mencecah jam 11.45 malam!

Tahniah dan Syabas kepada ahli yang hadir.... sudi menerima tugasan dan banyak memberi cadangan yg membina khususnya dengan mengambungkan majlis ini dengan perasmian surau yg berwajah baru...!




Insyaallah !Marilah kita berdoa semoga segala yang direncanakan pada mesyuarat ini berjalan lancar dan diberi kemudahan oleh Yang Maha Berkuasa.!

Pautan MaulidurRasul 1431H (terkini)

Senarai kehadiran Mesyuarat

Senarai Semak AJK dan Tugasan

BACA LAGI - Mesyuarat Maulidur Rasul